3 CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG

Kemaskini Laman Web Anda
5th August 2017
BAGAIMANA UNTUK MENETAPKAN HARGA JUALAN KEDAI ONLINE ANDA
BAGAIMANA UNTUK MENETAPKAN HARGA JUALAN KEDAI ONLINE ANDA
5th August 2017

3 CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG

Bermula dengan Blog adalah satu langkah pertama untuk anda menghasilkan pendapatan sampingan atau perndapatan tetap dimasa hadapan. Anda boleh memilih untuk berkongsi kepakaran dan minat anda pada dunia luar. Disamping itu anda boleh mengembangkan kemahiran, pemasaran, penulisan dan kreativiti.


Dengan strategi yang kukuh dan sedikit kesabaran, anda boleh menjadikan blog anda bukan sekadar hobi, tetapi  mesin menjana wang. Terdapat penulis blog yang menghasilkan pendapatan 5 atau 6 angka setiap tahun. Disini saya berkongsi teknik yang popular digunakan oleh blogger yang berjaya menjana pendapatan melalui blog mereka.

#1. DASYATNYA PEMASARAN AFFILIATE

 

Adakah anda biasa dengan pemasaran affiliate? Mungkin juga anda telah mendengarnya sebelum ini, dan jika tidak, mari kita berkongsi beberapa tips untuk blogger tentang bagaimana mereka membuat duit dengan sistem ini. Pemasaran affiliate adalah proses menjual produk orang lain yang memberikan anda komisen untuk setiap jualan. Setiap program memberikan komisen antara 35% hingga 70%, berbeza mengikut program yang kita pilih.

https://baharunsa.com/v10/wp-content/uploads/2017/08/menjual-product-sendiri-001.jpg

#2. MENJUAL PRODUK SENDIRI

Selain daripada menjual produk orang lain melalui cara pemasaran affiliate, anda juga boleh menjual produk anda sendiri. Sama ada produk ebook, barangan buatan anda sendiri, kursus online, dan ada banyak lagi produk yang anda boleh jual melalui laman blog dan web anda.

 

Antara produk yang laris dikalangan blogger:

  • Video / Audio / DVD
  • Ebook
  • Perisian/Aplikasi/Plugin
  • Cenderahati

#3. PERKHIDMATAN BERBAYAR

Seperti yang saya katakan diawal artikal ini, Blog akan menambahkan ilmu dan kemahiran anda. Anda pasti boleh mendapatkan pelbagai pendapatan melaluinya, Berikut adalah beberapa perkhidmatan yang paling popular juga dikalangan penulis blog yang telah mahir:

Freelancing: Ini adalah perkara yang paling banyak sekali berlaku dikalangan blogger. Kemahiran didalam talian yang sangat berharga untuk tujuan pemasaran didalam penulisan. Bayangkan jika anda menulis keterangan sesuatu produk dan membuatkan produk pelanggan itu meletop dipasaran, anda akan mendapat nilai yang berharga dan bayaran yang sangat tinggi.

Coaching– Perkara ini akan berlaku bila anda telah lama menjadi blogger, Anda boleh mempromosikan diri anda sebagai jurulatih dalam talian yang boleh mengajar selok belok blogging yang berjaya.

Bercakap– Pastikan bahawa ahli perniagaan tahu yang anda ssbenarnya boleh bercakap mengenai sesuatu produk. Ini  membolehkan anda membuat ulasan produk dilaman web anda.

Acara– Menghadiri sesuatu acara atau event adalah perlu untuk anda mempromosikan diri anda kepada dunia sebenar dan bertemu dengan rakan-rakan baru.

Latihan– Sebaik sahaja anda rasa cukup mahir dalam membina blog yang sangat berkualiti dan dipercayai masyarakat, anda boleh mempertimbangkan untuk membuka kelas latihan kepada skala yang lebih besar.

Menjadi seorang blogging, anda bukan sahaja duduk dan menulis tetapi lebih daripada itu perlu menghabiskan masa untuk menjadi betul-betul mahir dan yang pastinya dimasa hadapan akan mendapat pulangan pendapatan yang sangat bernilai.

Anda boleh memulakan menulis blog anda hari ini, dan untuk kelihatan profesional anda perlu mengunakan nama domain .com, .net, .com.my, seperti www.baharunsa.com (gunakan nama anda sendiri atau nama pena yang anda suka).

 

Baharunsa Dot Com

Gradiox Technologies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *