7 Tips untuk mendapatkan SEO

5 Azam Tahun Baru 2017 untuk Usahawan Online
5th August 2017
9 Perkara terbaik untuk perkhidmatan Media Sosial
5th August 2017

7 Tips untuk mendapatkan SEO

Apabila anda baru bermula untuk menulis di laman web atau blog, banyak perkara yang perlu anda diketahui. Diantaranya adalah Bagaimana cara untuk menguasai posting dilaman web atau blog baru anda.


Di bawah ini kita akan bincangkan tujuh tips SEO terbaik untuk penulis web dan blogger bagi meletakkan asas SEO yang betul pada kedudukannya. Sebelum ini mungkin anda telah banyak mencari kaedah untuk mendapatkan trafik ke laman web, manakala cara yang paling popular di bincangkan adalah dengan mengunakan SEO ( Search Engine Optimization).

1. Dapatkan Tajuk yang betul

Tajuk adalah sangat penting pada seorang penulis. Anda seharusnya memilih tajuk yang akan menjadi kata kunci carian di enjin-enjin pencari seperti google dan lain-lain. Tajuk juga akan menentukan samada pembaca akan membuka dan membaca catatan anda.

Orang akan membaca dan berkongsi pada tajuk yang menarik, oleh yang demikian pastikan tajuk anda adalah menarik dan relevan.

2. Kata kunci yang Trending

Kata kunci adalah amat penting pada semua penulis, kata kunci yang tepat dan trending akan menduduki tempat pertama pada sesebuah enjin pencari. Kata kunci  anda juga mestilahsesuai dengan isi kandungan yang anda akan tuliskan.

3. Topik yang Berkualiti

Pada masa kini elemen yang berkualiti amat penting untuk menentukan kedudukan anda, amat berbeza pada tahun-tahun sebelumnya. Enjin pencari seperti Google dan Bing bijak  menentukan tajuk-tajuk yang berkualiti atau tidak. Ini akan menentukan artikal anda  sampai kepada ramai pembaca.

4. Bijak Menghubungkan Artikal

SEO di dalam laman web/blog anda adalah sama penting kepada SEO yang berada di luar web  anda. Cara yang terbaik adalah dengan menghubungkan kesemua artikal yang anda buat kepada setiap tapak seperti wikipedia dan sebagainya.  Dengan menghubungkan artikal anda ke semua tapak, ini memudahkan robot enjin pencari  menemukan laman web anda.

5. Menggunakan Plugin

Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan SEO yang berkesan, salah satu cara adalah dengan mengunakan plugin kepada sesebuah web open source. Seperti pengguna wordpress anda boleh mengunakan plugin Yoast SEO manakala bagi pengguna Joomla anda juga boleh meletakkan SEO pada system metadata yang telah disediakan oleh software tersebut.

6. Fokus kepada Pembaca

Tugas sebagai seorang penulis adalah memberi maklumat kepada pembaca dan juga membuatkan mereka gembira setiap kali membaca artikal anda. Dengan memberikan tumpuan kepada penulisan anda, ini membolehkan anda mendapat SEO yang baik di dalam system analisis google.Apabila SEO anda begitu bagus, kedudukan laman web anda akan bertambah baik.

 

 

7. Cari Rangkaian Anda

Mewujudkan rangkaian komuniti pada web atau media sosial yang lain adalah sangat penting. Anda juga boleh membina rangkain melalui pendaftaran newsletter untuk pembaca anda setia menerima setiap artikal yang anda telah postkan ke dalam laman web/blog anda.

Jika anda selalu membina isi kandungan yang cemerlang, dan berkongsi kepada rangkaian anda, reputasi anda akan lebih baik. Ini membolehkan trafik yang bagus untuk SEO web anda.

SEO akan sentiasa berkembang, dengan syarat anda mestilah melakukan setiap tips dan  amalan diatas.  Jika anda fokus, ianya akan memberikan manfaat dalam jangka masa yang panjang kepada SEO anda.

Baharunsa Dot Com

Gradiox Technologies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *