BAGAIMANA UNTUK MENETAPKAN HARGA JUALAN KEDAI ONLINE ANDA

3 CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG
5th August 2017
Akaun E-mel Peribadi
Mengapa Akaun E-mail Peribadi Anda Boleh Memusnahkan Kredibiliti Anda?
17th October 2017

BAGAIMANA UNTUK MENETAPKAN HARGA JUALAN KEDAI ONLINE ANDA

BAGAIMANA UNTUK MENETAPKAN HARGA JUALAN KEDAI ONLINE ANDA

BAGAIMANA UNTUK MENETAPKAN HARGA JUALAN KEDAI ONLINE ANDA

BAGAIMANA UNTUK MENETAPKAN HARGA JUALAN KEDAI ONLINE ANDA

BAGAIMANA UNTUK MENETAPKAN HARGA JUALAN KEDAI ONLINE ANDA

Menetapkan sesuatu harga pada perniagaan online tidak semudah yang kita jangkakan. kenapakah ianya susah? letak jer lah ikut harga semasa. ohhh..tidak semudah itu, sekiranya ia terlalu murah akan merugikan perniagaan anda manakala jika harga tinggi pulak pelanggan akan lari jauh-jauh.


Jadi di sini mari kita berkongsi enam tips bagaimana untuk menetapkan harga yang sesuai pada perniagaan online anda.

 

#1. BUAT KIRA-KIRA KOS PERNIAGAAN ANDA

Buat pengiraan kos perbelanjaan terlebih dahulu. Senarai kos anda mungkin ianya melibatkan kos pembelanjaan barang-barang pembinaan laman web perniagaan, web hosting, komputer, perabot, segala mesin, pen, kertas dan lain lain. Jangan lupakan kos kakitangan anda, kontraktor, akauntan dan yang terlibat dengan perniagaan anda seperti pasukan pemasaran, pengkiklanan dalam perniagaan anda. Anda perlu pastikan yang perniagaan anda akan membantu menjana wang untuk menampung segala kos keperluan.

 

#2. BERAPAKAH NILAI MASA ANDA?

Berapa banyak masa yang anda luangkan untuk menyiapkan sesuatu produk atau projek anda, perkara ini selalunya ramai yang tidak mengambil berat, tetapi masa adalah sangat penting untuk kita buat kira-kira dalam bisnes yang kita jalankan. contohnya dalam 1 jam berapa banyak produk yang anda hasilkan, Sekiranya anda mempunyai kakitangan mereka juga bekerja mengikut nilai masa yang mereka perlukan untuk menyiapkan sesuatu produk/projek.


Dari masa yang anda lakukan untuk menyiapkan segala produk tadi, anda boleh menilai berapa banyak produk yang anda hasilkan dan berapakah harga jualan yang sepatutnya anda boleh letakkan untuk mendapatkan keuntungan yang setimpal dengan masa kerja anda.

 

#3. MELIHAT HARGA PRODUK PESAING ANDA

Anda perlulah meluangkan masa untuk menyelidik barang yang sama dari laman web peniaga lain, cuba menjadi seperti pelanggan untuk mencari barangan seperti yang anda jual, dalam erti kata lain ingin skodeng hargalah tu. ini sangat perlu untuk anda mengikuti perkembangan harga semasa barangan jualan anda, samada ianya mahal dipasaran atau sebaliknya. Anda boleh menilai perbezaan harga dan ciri-ciri sapatutnya untuk anda meletakkan harga produk anda.

 

#4. FIKIRKAN KEUNIKAN PRODUK ANDA

Sekiranya di langkah #3 tadi harga produk pesaing anda adalah murah dari harga jualan anda, anda tidak perlu down dan rasa menggelabah, Anda boleh memikirkan apakah keunikan dari produk anda? samada produk anda kelihatan lebih baik, tahan lebih lama, perkhidmatan yang baik, testimoni dari pelanggan yang sangat baik, dan pelbagai lagi ciri-ciri kepercayaan yang membolehkan produk anda mendapat tempat dihati pelanggan. Kebiasaanya pasukan pemasaran adalah sangat berguna untuk menyelesaikan masalah ini.

 

#5. PENGHANTARAN YANG POPULAR

Kos penghantaran adalah perkara yang tidak boleh dielakkan oleh peniaga online. Kebiasaanya pembeli sangat tidak suka adanya kos penghantaran dan perbelanjaan tambahan. Dalam satu kaji selidik di internet, 44% pelanggan berkata mereka akan meninggalkan pembelian dalam talian kerana kos penghantaran yang tinggi. Disini anda anda boleh memilih beberapa kaedah penghantaran yang banyak digunakan oleh peniaga online:


Pilihan A: Anda boleh memasukkan terus harga kos penghantaran ke dalam produk jualan anda.
Pilihan B: Anda boleh meletakkan Flat Rate, iaitu harga yang sama contohnya RM8 kepada semua jenis barangan anda agar tidak banyak kos penghantaran yang di tanggung pembeli.
Pilihan C: Anda boleh meletakkan kos Penghantaran percuma kepada jumlah pembelian harga tertentu. Peniaga biasanya mengunakan kaedah ini untuk menggalakkan pelanggan berbelanja lebih.
Anda boleh mencuba beberapa kaedah diatas dan menilai dari masa kesemasa pilihan yang paling berkesan untuk kos penghantaran jualan produk anda.

 

#6. HARGA JUALAN ANDA

Pada ketika ini anda hanya perlu menetapkan harga jualan anda setelah menilai campur dan tolak kos-kos yang berkaitan pada langkah-langkah awal tadi. Anda juga perlu menilai harga yang sedikit tinggi untuk memberi ruang pada diskaun istimewa yang anda promosikan kemudian. Jangan sampai anda ketinggalan dan kerugian dengan hari-hari promosi dari jualan anda.
Semoga anda mendapat manfaat dari tips ini dan selamat mencuba, semoga perniagaan anda terus sukses dan jangan lupa share serta like fanpage kami di www.baharunsa.com

 

Harun Baharunsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *