Kemaskini Laman Web Anda

9 Perkara terbaik untuk perkhidmatan Media Sosial
5th August 2017
3 CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG
5th August 2017

Kemaskini Laman Web Anda

Tahun baru adalah perkara yang paling baik untuk anda menyemak dan mengemaskini laman web anda. Seperti kebiasaannya pelbagai perancangan yang dibuat antaranya menilai kewangan perniagaan, mengambil pekerja baru dan jangan lupa untuk memperbaharui laman web anda sebelum ianya menjadi laman web yang lapuk.


Salah satu bahagian yang selalu terlepas pandang dan menjadi kritikal kepada mana-mana strategi laman web yang berjaya adalah penyelenggaraan yang berterusan. Walaupun projek membina laman web pada awal adalah penting, tetapi penjagaan dan penyelenggaraan adalah terbaik untuk membuat website anda sentiasa kelihatan menarik dan bermaya.

Berikut adalah beberapa langkah terbaik untuk membantu anda mengemaskini laman web.

 

1. Merombak Homepage Anda

Apabila pengunjung tiba pertama kali ke laman web anda, perkara pertama yang mereka ingin ketahui adalah mengenai produk, perkhidmatan, pasukan dan misi syarikat anda. Anda mestilah memberikan maklumat yang terbaik agar pengunjung tidak meninggalkan laman web anda.

Anda boleh melihatnya melalui analisis page yang kerap dikunjungi oleh pelanggan anda, kemudian tindakan yang pantas untuk anda mengemaskini page tersebut agar mudah mereka mencari apa yang diperlukan.

2. Topik lama yang berguna

Pasukan pemasaran anda telah banyak masa menghasilkan isi kandungan di laman web anda, dan apabila masa berlalu, isi kandungan yang lama adalah masih berguna untuk pengunjung yang baru. Pasukan anda haruslah menambah trend topik terkini dan memasukkan link kepada isi kandungan lama yang berkaitan.

Anda juga boleh mengumpulkan posting lama yang berguna dan menjadikannya ebook untuk diberikan kepada pelanggan yang mendaftar sebagai pelanggan tetap anda untuk diberikan surat email kepada mereka.

3. Menyelenggara isu Proses Pembayaran

Jualan adalah penting dalam perniagaan, Jika jualan anda tidak seperti yang diharapkan, perniagaan anda  tidak akan mampu bartahan. Bagi mencapai sasaran jualan anda, proses pembayaran website anda mestilah tidak mempunyai sebarang masalah.

Jika terdapat masalah kepada sistem pembayaran, anda hendaklah mengambil tidakan segera untuk perbaikinya agar pelanggan anda tidak hilang kepercayaan kepada perkhidmatan anda.

Terdapat banyak sebab pelanggan akan meninggalkan laman web anda, diantaranya adalah terlalu banyak langlah-langkah proses pembayaran dan terlalu banyak maklumat, jika anda mendapati mereka sukar menerima pendaftaran ahli, satu penyelesaian andalah dengan menghubungkannya ke login sosial.

4. Semak Pendaftaran Domain dan Hosting Anda

Adakah anda tahu apakah yang saya maksudkan dengan semak pendaftaran Domain? Tidak kira berapa banyak pemberitahuan melalui email yang anda terima untuk perbaharui domain anda, Anda hendaklah sentiasa pastikan yang ianya tidak akan menjadi masalah kepada anda dimasa hadapan.

Hubungi pembekal hosting anda untuk mengetahui cara membuat pembaharuan, jika anda mengetahuinya akan tamat dalam masa terdekat, teruskan membayar untuk membuat pembaharuan. Anda juga boleh mendaftar untuk membuat auto renewal.

5. Merapatkan Anda kepada Komuniti

Sebagai ahli perniagaan yang sedang berkembang, adalah penting untuk memastikan kominiti anda terlibat dalam perniagaan anda. Sentiasa berinteraksi dengan komuniti anda. Pada tahun baru ini, pastikan anda sentiasa memberikan sesuatu topik yang berguna kepada komuniti anda. Bertindak dengan segera terhadap terhadap komen yang ditinggalkan di blog atau media sosial.

Mengembangkan komuniti anda dengan memasang kotak pop-up dilaman web anda untuk meminta pelawat menyertai surat berita ekslusif dari anda.

6. Melihat Statistik Web Anda

Analisis adalah alat utama untuk memeriksa pencapaian trafik ke laman web anda. Ia adalah penting untuk anda dan pasukan kerja anda tahu bagaimana penunjuk pengunjung yang datang mencari perniagaan anda. samada carian organik atau melalui media sosial. Buat perbandingan statistik pada setiap bulan untuk anda menilai kempen promosi yang anda jalankan. Anda juga mungkin perlu menukar strategi SEO.

Baharunsa Dot Com

Gradiox Technologies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *