Mengapa Akaun E-mail Peribadi Anda Boleh Memusnahkan Kredibiliti Anda?

BAGAIMANA UNTUK MENETAPKAN HARGA JUALAN KEDAI ONLINE ANDA
BAGAIMANA UNTUK MENETAPKAN HARGA JUALAN KEDAI ONLINE ANDA
5th August 2017
Trend Membeli -belah Melalui Telefon Mudah Alih
TREND MEMBELI BELAH MELALUI TELEFON MUDAH ALIH
21st October 2017

Mengapa Akaun E-mail Peribadi Anda Boleh Memusnahkan Kredibiliti Anda?

Akaun E-mel Peribadi

Akaun E-mel Peribadi

Akaun E-mel Peribadi

Akaun E-mel Peribadi

Begitulah tabiat pemilik perniagaan kecil, Mereka menggunakan alamat e-mail peribadi mereka untuk kempen pemasaran dan komunikasi pelanggan, nampaknya ia tidak menyedari bahawa menggunakan e-mail yang kecil boleh menghancurkan kredibiliti mereka dengan calon pelanggan. Mengapa alamat e-mail anda terlalu penting?, dan bagaimana anda boleh mengubahnya menjadi aset perniagaan dan bukannya liabiliti? Teruskan membaca.


 

 

#1. E-MAIL BUKAN SEKADAR ALAMAT

Akaun E-mel Peribadi

Akaun E-mel Peribadi

Walaupun Anda tidak memberitahu pelanggan anda secara terang-terangan berkenaan perniagaan anda, tetapi pada hakikatnya itulah mesej yang dihantar kepada prospek pelanggan apabila anda mengunakan untuk tujuan perniagaan. E-mail juga merupakan elemen jenama syarikat anda yang membantu membentuk kesan perniagaan anda. Pelanggan akan mencari perniagaan yang boleh dipercayai dan berwibawa. Mengapa alamat email begitu penting? dan begaimana anda boleh menjadikan email anda adalah aset perniagaan dan bukannya sekadar email biasa?

 

#2. BAGAIMANA ALAMAT E-MAIL ANDA BOLEH MENGHANCURKAN PERNIAGAAN?

Tahukah anda alamat email boleh berbicara? sesetangah alamat email boleh menjatuhkan kredibiliti sesuatu perniagaan dengan hanya melihat email tersebut pada pendangan pertama. Bagaimana ianya berlaku? contohnya salah satu email perniagaan yang disalah gunakan untuk tujuan peribadi dengan meletakkan nama seperti gilaseks@domain.com, dan kemudianya tertanya-tanya kenapakah perniagaannya agak merosot sejak akhir-akhir ini. Jangan sesekali mengunakan email yang beralamat domain syarikat untuk kepuasan keperibadian anda.

Jangan sesekali meletakkan nama email yang tidak baik pada alamat email domain anda. akibatnya sangat parah, bukan hanya untuk anda tetapi juga adalah untuk perniagaan anda. Selalu berlaku kepada individu yang tidak mengetahui hal tersebut.

 

#3. ALAMAT EMAIL YANG TIDAK TERHAD

Akaun E-mel Peribadi

Akaun E-mel Peribadi

Alamat email yang dikongsi kepada individu yang lain seperti myfamily@domain.com atau smartgroup@domain.com boleh menghilangkan kepercayaan kepada pelanggan perniagaan. Maklumat mereka boleh dilihat oleh orang yang mereka tidak tahu dan yang bukan sebahagian daripada perniagaan anda. Ini menghancurkan kepercayaan.

 

#4. DOMAIN EMAIL YANG LAPUK

Akaun E-mel Peribadi

Akaun E-mel Peribadi

Walaupun anda menyimpan email peribadi anda yang menarik dan klasik, sesetengah pelanggan akan menilai penyedia email anda sendiri. Domain yang lebih tua seperti aol.com dan hotmail.com boleh membuat anda kelihatan tidak mengikuti perkembangan teknologi moden. Anda haruslah Berubah mengikut arus teknologi terkini, perniagaan anda kelihatan up to date.

Jika sayang sangat pada akaun email yang klasik, gunakanlah untuk email peribadi sahaja, jangan campurkan untuk email perniagaan, Pelanggan sekarang amat pandai menilai jenama-jenama yang terkini, begitu juga akaun email kita adalah jenama untuk perniagaan kita yang begitu penting.

 

#5. APA KELEBIHAN PADA ALAMAT EMAIL DOMAIN ANDA?

Akaun E-mel Peribadi

Akaun E-mel Peribadi

Kebanyakan pemilik perniagaan kecil di Malaysia yang ditinjau pada tahun 2016 tidak mempunyai laman web perniagaan, ini bermaksud mereka tidak dapat membuat alamat email berlebel syarikat. Mengapa? Sebab-sebab yang paling umum diberikan oleh pemilik perniagaan adalah bahawa mereka tidak menganggap mereka memerlukan laman web dan bahawa laman web akan dikenakan biaya terlalu banyak.

Jawapan-jawapan tersebut menunjukkan mengapa menubuhkan akaun email profesional memberi anda kelebihan yang melampaui penjenamaan email. Kehadiran web adalah satu kemestian untuk perniagaan sekarang kerana cara pengguna menyelidik pembelian mereka. Jika mereka tidak dapat menemui anda, kemungkinan mereka tidak boleh berurusan dengan anda. Dengan adanya laman web dan akaun email perniagaan, anda menempatkan diri anda pada satu kelebihan daripada pesaing yang kurang bermotivasi. Lebih-lebih lagi, kos hosting dan web hanya beberapa ringgit setahun, dan menubuhkan akaun email adalah mudah.

Jika anda telah mempunyai alamat email pernigaan, maka janganlah jadikan ia sebagai email peribadi yang boleh merosakkan jenama perniagaan anda. sekian dulu buat kali ini. jika anda ingin mempunyai email perniagaan dan web minisite percuma, jangan segan untuk menghubungi kami.

Team Baharunsa.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *