WEB PERCUMA – KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA

Trend Membeli -belah Melalui Telefon Mudah Alih
TREND MEMBELI BELAH MELALUI TELEFON MUDAH ALIH
21st October 2017
KELEBIHAN KEDAI E-NIAGA ANDA DI CYBER MONDAY
22nd January 2019
WEB PERCUMA - KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA

WEB PERCUMA - KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA

WEB PERCUMA - KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA

WEB PERCUMA – KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA

Terdapat banyak pilihan untuk membina laman web percuma pada masa kini. Adakah anda mencari perkhidmatan yang terbaik untuk laman web anda atau tertarik pada perkhidmatan web percuma yang menjadi pilihan kepada kebanyakan perniaga di luar sana?. Mari kita lihat kelebihan dan kekurangan yang ada pada perkhidmatan web percuma.


 

#1. PERKHIDMATAN LAMAN WEB PERCUMA

WEB PERCUMA - KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA

WEB PERCUMA – KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA

Ya, Ada begitu banyak tawaran untuk membuat laman web percuma di luar sana. Rekabentuk yang mereka buat juga boleh tahan menarik. Tidak semestinya kita mengatakan apa yang mereka tawarkan itu tidak bagus, banyak juga yang begitu baik, walaupun kadang-kadang ada terdapat apa yang mereka tawarkan itu bukanlah percuma sepenuhnya. Kebiasaanya mereka ingin mencari pelanggan yang baru dan itu adalah salah satu teknik pemasaran untuk mempercepatkan berjuta-juta pendaftaran.

Malah di Baharunsa.com juga ada menawarkan pelan percuma dengan pembinaan laman web baru minisite. Jadi, anda seharusnya memilih pakej yang sesuai dan boleh dipercayai untuk memulakan pendaftaran.

Anda harus tahu kebiasaanya perkhidmatan web percuma dipasaran selalunya tidak memenuhi sepenuhnya kehendak sesebuah perkhidmatan web profesional.

Dalam kebanyakan kes, Anda bermula dengan membina web percuma yang ditawarkan kepada anda, tetapi apabila anda ingin menaik taraf web tersebut, mereka tidak ada bantuan sokongan perkhidmatan yang seterusnya, Ini menyebabkan anda harus bermula dari awal semula membuat tapak dan web yang baru apabila berpindah ke server yang lain.

Berbeza di Baharunsa.com, mereka menawarkan perkhidmatan web percuma, tetapi sekiranya ingin menaik taraf website tersebut, mereka dapat mengubahnya dengan menaik taraf web tersebut. Adalah sesuatu perkhidmatan yang baik untuk permulaan dan seterusnya berkembang menjadi laman web yang lebih profesional.

Mari kita lihat diantara ciri-ciri web percuma yang selalu ditawarkan:

 

#2. HAD LAMAN WEB PERCUMA

WEB PERCUMA - KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA

WEB PERCUMA – KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA

Terdapat banyak perbezaan diantara pembuat laman web, dibawah berikut adalah sedikit gambaran berkenaan dengan pembuat web percuma:

a. Bilangan Halaman Terhad

Kebiasaannya laman web percuma mempunyai bilangan halaman yang sangat terhad. contohnya diantara satu hingga tiga halaman sahaja yang percuma, selebihnya akan dikenakan bayaran kepada pengguna.

 

b. Tiada nama domain

Selalunya tawaran pelan percuma tidak disertakan bersama dengan url nama domain anda sendiri. Syarikat yang menawarkan pelan tersebut menyediakan url perniagaan mereka sendiri, contohnya jika anda memilih nama shauqimeepondok maka url tersebut akan menjadi shauqimeepondok.wix.com. sebagai syarikat perniagaan url anda kelihatan tidak begitu profesional.

Berbeza dengan pembina laman web di Baharunsa.com, mereka menawarkan web percuma dengan membenarkan url domain anda sendiri. Bersama dengan Hosting anda sendiri.

 

c. Penjenamaan syarikat

Hampir semua pembina laman web percuma meletakkan penjenamaan mereka seperti logo,icon,banner dan banyak lagi cara untuk mereka membuat back link promosi kepada website mereka. Sebagai contoh wix meletakkan icon jenama mereka di halaman web percuma yang anda daftarkan.

 

d. Iklan

Ini adalah yang selalu berlaku. Banyak pembina web percuma meletakkan iklan pada halaman web percuma mereka. Inilah cara mereka mendapatkan keuntungan daripada perkhidmatan percuma yang mereka berikan kepada anda. Sekirannya laman Web anda kelihatan banyak iklan, ini boleh membiarkan pelanggan anda beredar dari web anda dengan klik iklan tersebut. Anda akan kehilangan pelanggan yang mudah dengan hanya berjimat sedikit untuk membuat web profesional yang berbayar.

Bagaimanapun berbeza dengan Baharunsa.com. Perkhidmatan web percuma adalah sebenarnya percuma tanpa meletakkan sebarang iklan. Buat masa ini, tidak ada seidikit rancangan untuk meletakkan iklan pada tawaran perkhidmatan web percuma yang diberikan.

 

e. Space data terhad

Penyimpanan data untuk web percuma, selalunya syarikat menghadkan peruntukan bandwidth dan space data. Anda mungkin hanya diberi beberapa megabait storan untuk digunakan. Ini boleh menghalang anda untuk memasukkan image-image yang berkualiti tinggi.

Bagaimanapun pembina laman web Baharunsa,com berbeza, Oleh kerana pembina web percuma Baharunsa.com disertakan dengan pelan hosting anda, anda boleh menikmati jalur lebar tanpa had.

 

f. Sokongan pelanggan terhad

Mungkin anda tidak akan mendapat apa-apa sokongan pelanggan sama sekali dengan pembina laman web percuma. Jadi, jika laman web anda mempunyai masalah. anda haruslah mencari penyelesaiannya sendiri.

Bagaimanapun pembina laman web Baharunsa.com berbeza, Mereka menyediakan sokongan telefon dan email untuk semua produknya, termasuk tawaran laman web percuma.

 

g. Ciri-ciri terhad

Selalunya pembina web percuma menghadkan pelbagai ciri-ciri yang bagus yang mungkin berguna dan anda perlukan. Kebiasannya ciri-ciri ini adalah seperti SSL, Email dengan mengunakan url domain anda contohnya shauqi@meepondok.com, analisis laman web, plugin, dan pelbagai lagi.

Berbeza dengan pembina laman web Baharunsa.com, Pelan pembina percuma Baharunsa.com datang bersama integrasi PayPal, alat SEO, dan anda juga akan menerima akaun e-mel berasaskan domain tanpa had. Ini adalah kerana anda mempunyai hosting dan nama domain yang anda telah daftarkan.

 

#3. WEB PERCUMA BUKANLAH SEMUA TERBAIK

WEB PERCUMA - KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA

WEB PERCUMA – KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA

Adakah anda telah mengetahui maksud sebenarnya diantara laman web percuma dan berbayar? Untuk jangka masa yang panjang, anda seharusnya memilih yang lebih terbaik untuk perniagaan anda. Untuk permulaan, anda mungkin boleh mencuba menerima tawaran laman web percuma dan melihat fungsi dan kebaikannya yang anda miliki. Setelah anda mengetahuinya dan memerlukan yang lebih profesional, anda boleh meningkatkan permintaan itu kepada kumpulan sokongan pembina laman web.

Membina laman web adalah sesuatu yang amat rumit dan memerlukan kerja-kerja kreatif. Tidak dinafikan mereka mengambil banyak masa dan sumber untuk syarikat membuat dan mengurus, sebab itulah pembina web percuma ini amat terhad. Adalah agak tidak adil untuk mengharapkan sebuah syarikat menyediakan perkhidmatan yang kompleks seperti ini, secara percuma.

Ingatlah ini: anda akan mendapat apa yang anda telah bayar.

Ia tidak realistik apabila orang mengatakan mereka mahu laman web, tetapi mereka tidak mahu membelanjakan sebarang wang ke atasnya. Sekiranya anda mempunyai belanjawan, anda seharusnya telah memasukkan senarai kos untuk pembangunan laman web yang lebih profesional untuk syarikat anda.

 

#4. BAYARAN WEB PROFESIONAL

WEB PERCUMA - KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA

WEB PERCUMA – KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA

Membayar seorang pereka web profesional tidak ternilai harganya, ia boleh mencecah ratusan atau ribuan. Jika anda melakukanya sendiri anda boleh berjimat dengan kos tersebut, tetapi adakah anda seorang pereka web yang profesional? dan anda memerlukan waktu yang cukup untuk menyelesaikan sesebuah laman web yang profesional.

Memang betul, kos yang beratus dan beribu adalah begitu mahal, untuk berjimat lebih baik anda membuatnya sendiri. tetapi perlu diingat, sesuatu kerja yang dilakukan dengan kreatif dan profesional ini boleh mencerminkan kepada perniagaan anda. Anda hanya perlu membayar nama domain dan menyewa Hosting server serendah RM0.80/sehari atau RM24.00/sebulan atau RM290.00/setahun dan akan mendapat kesemua sekali Web Design percuma, Domain name Hosting server dan email. Pekej ini hanya ada di Baharunsa.com/webpromosi . anda hanya perlu pilih design yang sesuai kemudian order. Setelah selesai pembayaran, emailkan content website anda, kumpulan Baharunsa.com akan menyiapkan rekabentuk website anda lebih kurang seminggu selepas semua content anda telah berikan. sungguh mudah dan jimat.

Perkara yang paling penting di sini bukanlah untuk belanjawan anda. Sudah tentu, anda akan menyelamatkan diri anda dengan masa dan kos dengan melakukannya sendiri, Ia memerlukan masa dan memerlukan wang. Dan sebagai pemilik perniagaan, anda mungkin sudah menyedari apakah keperluan syarikat dalam pembangunan era teknologi maklumat yang semakin mencabar ini.

 

#5. KESIMPULAN WEB PERCUMA

Kebaikan dan Kekurangan Laman Web Percuma

Kebaikan dan Kekurangan Laman Web Percuma

Mudah-mudahan, artikal ini dapat memberi sedikit gambaran tentang tawaran pembina laman web percuma. mungkin ada yang sesuai untuk laman web peribadi seperti blog dan hobi tetapi untuk syarikat perniagaan adalah memerlukan laman web profesional dengan mempunyai nama Domain, Hosting dan email sendiri.

Oleh itu, letakkan sedikit masa, kerana anda perlu membuat perancangan. Anda pasti akan belajar banyak tentang amalan terbaik reka bentuk web dan trend semasa sepanjang masa, tetapi apa yang anda laburkan untuk laman web anda sekarang akan membayar dividen pada masa akan datang. Semoga anda perniagaan anda kelihatan profesional dan sentiasa sukses.

Team Baharunsa.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *