KELEBIHAN KEDAI E-NIAGA ANDA DI CYBER MONDAY

WEB PERCUMA - KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA
WEB PERCUMA – KEBAIKAN DAN KEKURANGANNYA
29th October 2017

Sekianya anda memiliki kedai e-dagang, sudah pasti anda ambil tahu betapa pentingnya Cyber Monday untuk perniagaan online anda. Ini telah terbukti dengan beberapa statistic di sekeliling anda yang sangat menarik dengan penjualan di Cyber Monday.

Mengikut kiraan statistik pada tahun 2018 di AS 52% pengunjung kedai e-dagang adalah untuk Cyber Monday. Orang ramai menghabiskan lebih $ 2.68 bilion pada Cyber ​​Monday pada 2018. Mereka menghabiskan purata $ 124 setiap pesanan dalam talian. Anda perlu bersiap sedia pada tahun 2019 ini untuk mengambil bahagian dalam penjualan online di Cyber Monday.

Berikut adalah enam langkah yang perlu anda tahu sebelum memulakan e-dagang anda pada Cyber Monday:


 

#1. TRAFIK KE LAMAN WEB ANDA

Pastikan web anda tidak mendapat overloaded trafik pada Cyber ​​Monday. Rancang pengunaan quota yang anda perlukan untuk menerima jumlah pelawat yang besar pada Cyber Monday.

Pada bila-bila masa anda menerima pelawat yg besar dalam trafik, berbincanglah dengan syarikat hosting web anda untuk melihat apakah mereka mempunyai cadangan yang baik untuk melancarkan perjalan trafik yang baik ke laman web anda.

 

#2. PERSEDIAAN BARANGAN SECUKUPNYA

Apabila tiba hari tersebut. Cyber Monday bukanlah hari untuk pelanggan anda menanti dengan mesej “out of stock”. Sediakan bekalan yang secukupnya pada hari tersebut terutamanya pada barang yang popular.

 

#3. OPTIMALKAN BARANG TERTENTU UNTUK PEMBERIAN HADIAH 

Optimalkan barang tertentu untuk pemberian hadiah.
Kebiasaanya pelanggan akan membeli barangan tertentu untuk dirinya sendiri, tetapi ada juga diantaranya yang membuat belian untuk hadiah kepada insan yang tersayang.

 

#4. MENAWARKAN KUPON DAN TAWARAN ISTIMEWA

Setiap pelanggan yang berkunjung ke laman web anda di Cyber Monday, pasti mengharapkan sesuatu tawaran yang istimewa. Setiap pesaing anda akan membuat tawaran kepada pengunjung mereka, oleh yang demikan anda jangan lepaskan peluang untuk memberikan sesuatu tawaran yang menarik kepada mereka.
samada diskaun, penghantaran percuma, pembalut hadiah percuma, atau beberapa tawaran lain yang menarik perhatian mereka.

Di hari Cyber Monday, Anda berpeluang untuk menarik pelawat atau bakal pelanggan anda untuk menyertai senarai data alamat e-mail anda. Pastikan borang untuk menyertai alamat email jelas dan mudah di isi. pelawat yang bakal membuat belian adalah prospek terbaik untuk menyertai senarai e-mail anda.

 

#5. MENINGKATKAN PEMASARAN ANDA

Ada beberapa cara untuk anda meningkatkan pemasaran pada hari Cyber Monday, diantaranya adalah dengan membuat pengiklanan berbayar di media sosial. Anda seharusnya mengeluarkan sedikit modal jika ingin mendapat pulangan yang baik di dalam perniagaan e-niaga anda.

 

#6. MENGEMASKINI LAMAN WEB

Pada hari yang penting, Anda seharusnya telah bersiap sedia dengan website yang telah di kemaskini. Cyber Monday adalah hari yang sesuai untuk anda membuat isi kandungan yang menarik untuk maklumat pengunjung anda.

Pastikan laman web anda adalah mesra pengguna. Memudahkan pelanggan anda untuk mencari apa yang mereka inginkan, juga meletakkan kotak pendaftaran senarai e-mail di tempat yang mudah dan jelas.

Buat beberapa ujian untuk menilai samada laman web anda berfungsi dengan baik untuk mencapai matlamat terbaik yang anda inginkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *