About Us

Mengenai Kami

Baharunsa.com dimiliki oleh Gradiox Technologies adalah sebuah laman web teknologi maklumat bertapak di kuala lumpur Malaysia, Kami menawarkan perkhidmatan IT di era global masakini. Antara perkhidmatan yang kami sediakan adalah pendaftaran nama domain, hosting server, pembangunan laman web perniagaan, koporat , kedai online dan lain-lain lagi.

Kami bekerja berdasarkan permintaan dan citarasa pelanggan dalam merekabentuk imej tertentu untuk memenuhi keperluan perniagaan anda. Kami memahami bahawa sebuah pusat data yang sangat baik tidak akan berguna sekiranya ia tidak mencukupi untuk menyokong anda, Kami telah menyediakan satu system yang dipantau lengkap termasuk sistem kepakaran yang dapat menyelesaikan masalah teknikal secara automatik tanpa bantuan juruteknik. Setiap masalah dapat diselesaikan dalam masa 1-2 minit. Sekiranya terdapat masalah tunggal yang tidak boleh diselesaikan secara automatic, juruteknik kami boleh membantu dan menyelesaikan masalah anda.

Di masa akan datang, kami sentiasa akan meningkatkan kualiti perkhidmatan kami dan kami juga ingin menjadi kumpulan yang baik dan cemerlang dalam rekabentuk dan pembangunan laman web yang kreatif dan cekap untuk memenuhi keperluan pelanggan. Kami juga sentiasa akan mengembangkan perkhidmatan terbaik kami kepada semua pelanggan.

Pembangunan Laman Web

Dengan pengalaman selama lebih sepuluh tahun dalam Pembangunan Laman Web, kumpulan kami dapat membantu anda untuk bersaing dalam perniagaan yang melibatkan teknologi maklumat. Pembangunan Laman Web memainkan peranan yang penting dalam kemajuan perindustrian negara. Ia bukan semata-mata untuk syarikat-syarikat besar tetapi juga industri kecil. Laman Web yang menarik adalah salah satu solusi penyelesaian yang terbaik untuk promosi dan pemasaran dalam era moden masakini.

Pendaftaran Nama Domain

Kami bermula memberikan khidmat pendaftaran nama domain pada tahun 2006, pelanggan kami adalah untuk Syarikat-syarikat swasta, badan kerajaan, kolej-kolej, sekolah kerajaan dan ahli-ahli perniagaaan, serta perseorangan. Jenis-jenis Nama Domain yang boleh didaftarkan adalah seperti ( .com , .net, .my, .com.my, .net.my, .info, .biz, .asia dan banyak lagi ). Pendaftaran Nama Domain yang mudah boleh dilakukan secara online dan offline atas nama Gradiox Technologies.

Hosting Server

Kami juga menawarkan Perkhidmatan Hosting Server. Dengan mempunyai laman web sendiri, Hosting Server diperlukan untuk menyimpan segala data. Perkhidmatan yang terbaik dengan kelajuan jalur lebar yang maksimum 99.9% peratus server adalah berjalan lancar. Server yang bertapak di Texas dan Teknologi Park ini, dilancarkan pada tahun 2006 sehingga sekarang dan juga server kami selamat dari mengalami masalah downtime. Tapak Server kami adalah sesuai dimiliki oleh, Syarikat Swasta, Badan Kerajaan, Web Peribadi, E-Commerce, Blog, Web Perniagaan Kecil dan lain-lain Dengan menyokong semua jenis Nama Domain.

Animasi

Pengalaman Baharunsa dalam bidang Animasi bermula pada tahun 1996, Siri Animasi pertama Malaysia USOP SONTORIAN adalah sentuhan pertama dalam bidang animasi sebagai Animator. Baharunsa juga terlibat dalam beberapa siri Animasi di Malaysia, Diantaranya adalah Animasi YOKIES, KENYALANG, FROOTESS, DANIEL, HOSTEL BLUES, TENGGILING PERAK dan beberapa animasi untuk TV Pendidikan.

Rekabentuk Grafik

Dalam rekabentuk grafik, kami sentiasa memenuhi citarasa pelangan. Kami komited dalam membangunkan idea-idea dan imej yang berkualiti untuk membantu anda untuk mencapai sasaran perniagaan anda. Kepuasan anda adalah keutamaan kami. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti: Rekabentuk logo, Identiti Korporat, Risalah, Katalog, Iklan Cetak, Poster, Flyer, Ilustrasi dan lain-lain.

Multimedia

Kumpulan kami juga menyediakan Rekabentuk video, audio, CD-ROM, DVD atau mana-mana produk media lain bagi membangunkan konsep, huruf, grafik dalam pelbagai format dengan harga yang berpatutan. Ini adalah sebahagian daripada reka bentuk multimedia kami: Pembangunan Multimedia Interaktif Pembangunan, 2D Animasi Flash, Pengiklanan Digital, Montaj / Promosi, Penerbitan CD ROM dan lain-lain lagi.

Your IT Partner